Sunday, February 8, 2009

SIAPA HANG TUAH ?

Sejarah Kesultanan Melayu Melaka menceritakan kehandalan dan ketaatan Lima Hulubalang Melaka iatu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir, pendekar-pendekar ini memang taat kepada keluarga dan pemerintah, mereka tidak pernah derhaka kepada orang tua dan sultan Melaka.

Kehandalan pendekar-pendekar ini dan sifat-sifat taat dan terpuji telah menyebabkan mereka dilantik oleh Sultan melaka sebagai pembesar dan Hulubalang Melaka dan tinggal di istana. Kebaikan dan ketaatan mereka ini khususnya Hang Tuah, dicemburui oleh sekumpulan pembesar istana, sehingga mereka tergamak memfitnah Hang Tuah kononnya ada hubungan sulit dengan salah seorang Dayang di Istana. Sultan Melaka yang percaya dan termakan hasutan pembesar Istana, tampa usul periksa memerintahkan Hang Tuah di Bunuh.

Maka salah seorang Mamada Istana yang berfikiran panjang dan kenal hati Budi Hang Tuah, memohon agar beliau sendiri yang akan menjalankan hukuman terhadap Hang Tuah, atas perkenan Sultan, Hang Tuah Pun dibawa ke suatu tempat untuk menjalankan hukuman, tetapi sampai kepada satu tempat mamanda tidak membunuh Hang Tuah sebaliknya menyembunyikan Hang Tuah.

Mendengar Kabar Berita Hang Tuah telah dijatuhi hukum Bunuh oleh Sultan, Hang Jebat mempersoalkan hukuman tersebut, Pada Pendapat Hang Jebat Hang Tuah yang dihukum Bunuh atas tuduhan mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang dayang Istana adalah tidak masuk akal kerana sebagai orang yang paling rapat, dan mengenali hati budi Hang Tuah, tuduhan itu adalah sama sekali tidak Berasas.

Memberontaklah Hang Jebat, seluruh Istana huru hara, nyawa Sultan juga terancam, maka barulah sultan sedar kesilapan baginda, dan menyesal menjatuhkan hukuman bunuh Kepada Hang Tuah, Mamanda yang mendengar keluhan Sultan, memohan ampun kerana ingkar perintah Sultan kerana tidak membunuh Hang Tuah Sebaliknya menyembunyikan Hang Tuah di suatu Tempat. mendengar kepada kata-kata mamanda Muka Sultan berseri-seri dan memerintahkan mamanda untuk menjemput Hang Tuah kembali keistana.

Maka kembalilah Hang Tuah ke Istana, melihat kepada Hang Tuah yang kembali ke Istana Hang Jebat tersentak, dan menyesali akan perbuatannya dan menjelaskan kepada Hang Tuah Jebat berbuat demikian adalah untuk menuntut bela atas kematian Hang Tuah yang dijatukan oleh Sultan tampa usul periksa, tetapi Hang Tuah tidak menerima alasan Hang Jebat sebaliknya menuduh Jebat derhaka kepada Sultan, maka pertarungan pun bermula, pertarungan kedua-dua pendekar ini memakan masa berhari-hari Hang Tuah yang cukup handal dalam Ilmu Persilatan gagal menumpaskan Hang Jebat kerana Keris Taming Sari yang dikatakan membunyai kuasa sakti ada pada hang Jebat, sehingga sampai kepada satu masa Jebat yang melihat dan menghormati Hang Tuah sebagai sahabat dan menggapnya abang, merasai Hang Tuah benar-benar ingin membunuhnya maka di serahkannya Keris Taming Sari kepada Hang Tuah, tampa berlengah Hang Tuah Mengambil Keris tersebut lalu membunuh Hang Jebat, maka berakhirlah riwayat Hang Jebat...................

" Persoalannya adakah Jebat Derhaka atau Jebat adalah Pendekar yang ingin menegakkan Keadilan dan berpegang kepada prinsip persahabatan dan menentang ketidak adilan ?"

"Bagaimanapula Hang Tuah adakah tindakan Hang Tuah itu benar-benar bijak, atau Hang Tuah lebih berminat mengekalkan kuasa dan nama atau Pengampu ......?????? " Fikir Sendiri

No comments: